Doa Taubat

Leave a comment

KELEBIHAN TAUBAT

Firman Allah:
“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan Allah kasih terhadap orang-orang yang menyucikan diri”

Sabda Nabi:
“Sesungguhnya Alah membuka tanganNya pada waktu malam untuk menerima taubat orang yang melakukan kejahatan pada waktu siang dan Allah membuka tanganNYa pada waktu siang untk menerima taubat orang yang melakukan kejahatan pada waktu malam,hinggala terbit matahari dari barat”

Sabda Nabi:
“Orang yang bertaubat itu adalah kekasih Allah dan orang yg bertaubat dari dosa itu seperti orang yang tidak ada dosa langsung”

Sabda Nabi”
“Sesungguhnya kebaikan-kebaikan itu akan menghapuskan berbagai kejahatan sebagaimana air menghapuskan kekotoran”

Ya Tuhanku kurniakanlah taubat sehingga aku dapat bertaubat

Syarat-syarat taubat:

1)ada rasa menyesal terhadap dosa-dosa yang dilakukan
2)keazaman tidak akan kembali atau mengulangi dosa
3)hendaklah meminta maaf kepada orang yang dizalimi
4)hendaklah meminta halal dari orang-orang yang pernah bersengketa kemudian berbuat baik kepada mereka sekiranya boleh
5)wajib mengqadhakan perkara-perkara yang difardhukan keatasnya yang telah tertinggal
6)setelah bertaubat maka wajarlah ia mengasuh dan membiasakn diri untk taatkan Allah
7)hendaklah ia meninggalkan sahabat yang jahat
8)Janganlah meninggalkan taubat jika ia melakukn dosa lagi kerana seseorang itu bila bertaubat Allah terima taubatnya.
9)tidak wajar ia berputus asa dari rahmat Allah

Firman Allah:
“Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah kecuali orang-orang kafir”

Hujjah al-Islam al-Ghazali berkata:

“Sesiapa yang tidak segera bertaubat dengan melambat-lambatkannya ia berada diantara dua bahaya besar;

1)kegelapan maksiat itu akan bertompok-tompok didalam hatinya sehingga jadilah ia sebagai dinding yang menghalang yang sangat keras yang tidak boleh dihapuskan
2)ia akan segera sakit atau mati maka ia tidak dapat peluang dan masa untuk berusaha menghapuskan kegelapan dosa itu.

Oleh itu maka diriwayatkan didalam al athar:
“Bahawa kebanyakan keluhan ahli neraka ialah disebabkan sifat berlambat-lambat tersebut dan kebanyakan jeritan mereka ialah: Hai celakanya orang yang melambat-lambatkan.Tidaklah binasa masuk neraka orang yang binasa itu kecuali dengan bertangguh-tangguh dan tidaklah berjaya orang yang berjaya masuk syurga itu kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera”

WAHAI SAHABATKU SEKALIAN………MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK KEMBALI KEPADANYA

Advertisements

AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM

1 Comment

Selamat datang ke blog  halamansolah, di sini kami akan menerangkan kelebihan dan hikmat tentang solat-solat sunat yang biasa di lakukan oleh segenap individu. Memang kita semua tahu solat-solat sunat yang biasa atau rutin di buat oleh segelintir individu namun tidak semua orang mengetahui kelebihannya jika kita melakukan solat-solat sunat tersebut.

Solat sunat walaupun tidak di wajibkan namun sangat berat untuk dilakukan kerana hanya orang-orang yang beriman dan sabar sahaja dapat melakukannya. Solat sunat adalah merupakan penampal bagi kekurang solat fardhu yang kita buat. Sekiranya kita tidak pernah melakukan solat sunat, ianya merupakan satu kerugian yang besar bagi diri seseorang itu.

Jadinya bukalah minda dan hati kita untuk sama-sama mencari kelebihan dan hikamat solat-solat sunat..agar kita semua mendapat keredhaan Allah s.w.t. jua.

Kewajipan seorang muslim

1 Comment


Kewajipan seorang muslim
Solat lima waktu

Ku dengar merdunya suara azan
Berkumandang melantunkan seruan sembahyang
Memenuhi kewajipan seorang muslim
Solat lima waktu sehari semalam

Berwudhu’ taharah menyucikan diri
Berkiblat menghadap Ilahirabbi
Berdoa memohon petunjuk suci
Pada Mu Ya Allah Yang Maha Memberi

Kini hamba datang lagi
Dengan hati berseri
Ingat akan´╗┐ janji
Bahawa hidup mati Ilahirabbulalamin

Kini hamba datang lagi
Pasrah berserah diri
Mendekat kan hati pada Mu Yang Maha Suci